Khamis, 18 Jun 2009

bapa dan anak....

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.


Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam dipejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh,itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi??
Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya
benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang
sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni
" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit
oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapatduit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari.
Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah
di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting sekali,
kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi.
Ini hanyalah setitis peringatankepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja
sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa
dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada dihati kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu
kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni...apa yang
kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??