Rabu, 13 Ogos 2014

"....Abah&ibu tiada harta...Abah ibu cuma ada anak-anak je...kamu semua lah harta kami..."          -abah-

lalu bertempiaranlah air mata membasahi pipi...
serangkap ayat itu yang merubah nada perbualan gembira dan pantas kami menjadi sayup...

cerita abah kalau nk di coretkan,
xkan cukup masa untuk di luahkan...
sb, terlalu banyak dan panjang untuk diceritakan..
tapi, apa yang pasti, kisah perjalanan abah adalah sumber inspirasi dan semangat utk aku hidup..


setiap kata yang keluar dari nya adalah bernilai.
setiap ayat yang diberi adalah nasihat.... xpernah jemu,..
setiap cerita dan kisah silam nya adalah inspirasi...xkn jemu kalau aku dengar..xkan... =)
Terima kasih buat Ibu, kerana terima lamaran Abah dahulu...
Terima kasih , Syukur pada Allah memberi aku hadiah paling bernilai dalam hidup ku...Abah&ibu..

semoga Allah beri kesihatan, panjang umur, dan kebahagiaan buat kami sekeluarga..

Ayuh kita hargai kedua ibu dan ayah kita, kerana mereka bnyk mengorbankan tenaga,harta,masa demi kita,masa depan kita...jangan pernah berniat hampakan mereka...semoga Allah Redha...


-Raya 2014_Heppy family_

Hadis Nabi 1
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis Nabi 2
Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah s.w.t sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Jihad kerana agama Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis Nabi 3
“Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)

Isnin, 7 Julai 2014

Fahami Psikologi & Psikiatri

............"apakah tahap kemurungan sy ni , sy hilang minat ingin bekerja,sy lalai dan pelupa.sy lebih suka duduk diam d rumah dan hilang kepercayaan pada org2 di luar sana,slalu mediamkan diri,sejak sy berpisah dgn org yg dicintai sy merasa sangat tdk berharga kerana maruah diri tercemar.sy dan pasangan sebenarnya sudah ingin merancang untuk berkahwin tapi gagal.dan kini, sy tdk tefikir masa depan apa lagi keinginan untuk bekerja kerana terasa tiada tujuan.sukar sy membuat keputusan apa saya harus lakukan............"

Luahan kata seorang yang mengalami depression atau kemurungan.

LANGKAH MENGATASI

1) Syabas kerana anda mempunyai " awareness" bahawa anda mempunyai depression atau kemurungan. Salah satu tanda seseorang yang mempunyai tinggi EQ (Emotional Intelligent) adalah kesedaran bahawa emosi telah terganggu.

2) Anda sekarang perlu mengawal emosi sebelum emosi mengawal anda

Mari kita belajar Cognitive Therapy.
- ---Bayangkan anda terdengar bunyi kaca pecah didapur ( Antecedent event) pada malam hari. -------Apakah yang anda percaya ( Belief)?
-----Jika anda benar benar percaya kepada apa yang anda fikirkan , apakah yang anda lakukan ( Consequent Event)?

Jawapan anda : Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Pencuri masuk rumah
Consequent Event : Panggil Polis

Jawapan Saya: Antecedent event : Kaca pecah
Belief: Kucing terlanggar gelas
Consequent Event: Tak ada apa-apa; terus tidur

Jawapan Orang lain :
Antecedent event : Kaca pecah
Belief : Jiran biasa menonton TV tengah malam, bunyi bisisng dari jiran sebelah
Consequent event : Tak ada apa-apa; terus tidur

PERHATIKAN........ "Antecedent event" yang sama tetapi "Consequent event " berbeza. Consequent event berbeza kerana apa yang anda lakukan adalah bergantung kepada apa yang anda fikirkan ( Belief)

Mari kita selidik kenyataan individu yang mengalami kemurungan di atas:
Beliau mempunyai banyak Negative / Distorted Thought or Beliefs
----" hilang kepercayaan pada org2 di luar sana"
-----" merasa sangat tdk berharga kerana maruah diri tercemar"
-----"sy tdk tefikir masa depan"

Kenapa ini berlaku? Mari kita cabar dan betulkan pemikiran kita. Satu lagi Kemampuan penting untuk mempunyai EQ yang tinggi.

Dengan hanya satu kegagalan dalam percintaan , beliau membuat " generalization" kepada semua orang . Beliau perlu mengubah Negative Thought ini dan sentiasa BERFIKIRAN POSITIVE.
e.g. i) Benar, Si A tinggalkan saya untuk kali ini, tetapi masih ada ramai lagi di luar sana , bukan semua orang mempunyai sikap seperti A. Jodoh di tangan Tuhan. Tuhan jadikan berjuta umat dengan pelbagai kerenah . Tidak semua seperti A
Ingat : The Consequent Event is depending on Your Belief

e.g 2) "Merasa diri tidak berharga kerana maruah diri tercemar". Satu lagi contoh Negative Thought
Benarkah anda fikir maruah diri tercemar kerana gagal dalam bercinta..... ? Apa yang hilang pada diri anda? Hilang pendengaran? Hilang Penglihatan? Anda patut bersyukur kerana anda masih tidak hilang pedoman..... Jika dilayan emosi negative ini anda akan hilang segala-galanya. "Tidak salah jatuh tetapi salah jika tidak bangun berdiri selepas jatuh....."

e.g. 3) " tidak terfikir masa hadapan"
Lihat masa lampau... Berapa banyak jasa yang telah anda lakukan? Berapa ramai yang telah anda bantu? Berapa bayank kejayaan anda? Anda telah pernah berjaya sebelum ini wlaupun banyak dugaan melanda. Kali ini anda pasti berjaya mengharungi kegagalan ini . Gunakan apa jua solution yang pernah anda lakukan sebelum ini untuk mengatasi masalah anda. Pandang kehadapan. Sentiasa berfikiran Positif

3) Tingkatkan Social Networking
Anda perlu keluar dari bilik anda dan mulakan pergaulan dengan siapa sahaja yang anda rasa boleh membantu anda agar lebih aktif . Aktifkan diri . Ini dapat mengurangkan fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi. Antara yang boleh dilakukan; ke surau berjemaah, minum kopi di warung bersama teman dll

4) Senaman untuk meningkatkan Adrenalin.
Kemurungan akan bertambah teruk jikan anda tidak mengaktifkan diri. Mula bersenam dan tingkatkan adrenalin anda. Berjogging di taman, bermain bola bersama kawan dll

5) Jangan lupa... berdoa kepada yang Esa dan Tunggak yang 5 jangan dilupa

6) Jika masih gagal menangani masalah anda... Jangan segan silu... Segera ke klinik mendapatkan kaunseling pakar


Sangat menarik perkongsian dari pembacaan : http://drsalmi.blogspot.com/

Khamis, 26 Jun 2014

HATI "BATU" 

Suatu hati bersifat 'batu'
bukan keras tetapi 'batu'
sifat manusia kadang begitu
buat perasaan sihati 'batu'

ucap mesra dibalas kata
ucap senyum dilontar muka
kata baik berbalas tiada
kata sopan dikata mengada

bila saat ketika nanti
saat pergi jangan dicari
ditanya kemana perginya diri
usah menyesal dikemudian hari

manusia, bila tiada baru ditangisi
saat ada, tiada dirai
waktu hilang mula dicari
mula memanggil bila sunyi
inilah sifat si HATI "BATU" hati

Moga tiada sifat si "BATU" ini
Doa agar hinggap tidak di diri
Doa juga tidak pada rakan sendiri
Doa agar tiada siapa "BATU" hati.


A.A.H
9.15PM 26.06.14
SDP
AKU & DIA

Hanya Aku dan DIA
Dengan Bismillah terbuka rahsia
Dengan Bismillah tertutup segala
Itulah dia kalimah Mulia

Hanya Aku dan DIA
sebaris kata punyai makna
Hanya aku dan DIA cuma
Faham kata juga makna

Hanya Aku BUKAN DIA
Kaku masa suatu ketika
Henti sejenak nafas menghela
Lemah diri tanda hamba
Itu Aku Bukan DIA

A.A.H
6.47pm 26.06.14
SDP



Rabu, 22 Februari 2012

Surah Taha (Ayat 1- 5) Pelembut Hati Dan Pendinding Diri.


Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutamanya.sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : “Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?”

Jawab Rasulullah SAW: “Benar”

Aku berkata lagi: “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?”

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Terjemahan Ayat 1 – 5 (Surah Taha).

1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas ‘Arasy.

Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah…

Wallahu’alam….


http://mymunif.com/surah-taha-ayat-1-5-pelembut-hati-dan-pendinding-diri/

by:

Jumaat, 17 Februari 2012

SIFAT-SIFAT MEMILIH SAHABAT



SIFAT-SIFAT MEMILIH SAHABAT

Alqamah berpesan
kepada puteranya."Wahai anakku, kiranya engkau
merasakan perlu untuk bersahabat maka
hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya
seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan
melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,
ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan
membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan
kepadannya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu,
ia akan menutupnya.

6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, ia akan mengusahakannya.

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak
meminta), ia akan menanya kesusahanmu.

8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,
ia akan meringankan kesusahanmu.

9. Jika engkau berkata kepadanya, ia akan
membenarkannya.

10. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia
akan membantumu.

11. Jika engkau berdua berselisihan faham,
nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.

Kesimpulannya: Jika kamu merasakan cukup
perkara di atas pada seseorang kenalan kamu,
maka pilihlah ia. Kerana ia merupakan sahabat
yang akan membantu menuju jalan hakiki."
Insya ALLAH....

SABTU....12.51 AM...

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT..=)

haih! dh xtau nk buat ape malam2 cm nie...
nk tido, mate xngntuk lagi pulak nye..
tadi time lepas isyak bukan kemain lagi mengantuk nye... huu

em...tetiba teringt kt entum sume sahabat2... huhu bunyi nye cm kelakar kn..? huu
tapi sementara ana ade ruang n peluang dan juge selagi Allah bg nikmat hidup kt ana nie,
bek ana bgtau sahabat2 sume....huh! kite xtau bila Allah akan menjemput kita kn.? itulah kehebatan dan kekuasaan Allah.. makanye, kite kene sentiasa bersedia... kn sahabat2..??

ana belek2 la gambar2 yg ade kt letop nie....
bnyk rupenye gambar entum...huhu

luqman, faris, ariff ( di waktu petang yg tenang..)

Zuhri, firdaus a.k.a YB, ariff, razak...
(gambar nie special skit... sebab ade en.YB kt sni...bnyk kisah tentg beliau nie.. sejak akhir2 nie beliau gemar menyebut tntg "hati"...hihi moga enta bahagia ye YB..huhu)

ariff, fendi a.k.a kacak ( time progrem tilawah Al-quran di uitm jengka)

Raja Amiruddin, ariff, mubin (Majlis Khatam Al-Quran di uitm pahang)

Ariff, Fahmi
(bersama bakal manager Emas rantau asia...hihi insyaallah)

ariff, halim, mubin (konvoi jalan2 makan angin)

Ariff, ust Asjad, Razak, Mat Azhar
(bersama bakal Menteri Malaysia..hehe.. Majlis ihtifal di jengka)

Hanif Ramli, Ariff Hashim (bersama dato' Hanif, bakal terkemuka dan terkaya Malaysia)

Ariff, Akhi Ammar
(bersama tokoh... seorang yg komited.. saya kagum dengn beliau.. masters of sifu..hihi jgn mara ha....)
Gambar bersama Nazrey Raihan

Nie die abg long sye kt uitm jengka!! uhu.. abe iskandar... pemalu orng nye..maaf ye is. nie time kami jadi MC untuk konsert amal.. satu pengalaman yg seronok.. x gitu abe long.?huhu


RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Sabda Nabi S.A.W:

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”


*ade ramai lagi gambar sahabat2 yg xmasuk...entry lain ye sahabat...ana cari gambar lagi..hehe =)

Ahad, 12 Februari 2012

LURUS DAN RAPATKAN SAFF


LURUS DAN RAPATKAN SAFF


Saudaraku, Islam memang benar-benar sempurna dan lengkap. Sedemikian lengkapnya sehingga soal bagaimana melaksanakan solat berjamaah pun diatur di dalamnya. Pernah diriwayatkan bahwa para sahabat langsung diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam agar di dalam barisan solat berjamaah senantiasa dipastikan lurus dan rapatnya. Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam bahkan memberikan ancaman berupa akibat yang akan ditimbulkan bilamana shaf dibiarkan tidak lurus.


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَوِّي صُفُوفَنَا

حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا الْقِدَاحَ حَتَّى رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ

ثُمَّ خَرَجَ يَوْمًا فَقَامَ حَتَّى كَادَ يُكَبِّرُ فَرَأَى رَجُلًا

بَادِيًا صَدْرُهُ مِنْ الصَّفِّ فَقَالَ عِبَادَ اللَّهِ

لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam selalu meluruskan shaf kami, sehingga beliau seolah-oleh meratakan anak panah sehingga beliau melihat bahwa kami telah memahaminya. Kemudian suatu hari beliau keluar (untuk menunaikan sholat), lalu berdiri hingga ketika hampir mengucapkan takbir, beliau melihat seorang lelaki dadanya keluar (menonjol) dari shaf, maka beliau bersabda: “”Hai hamba-hamba Allah, kalian benar-benar meluruskan shaf kalian (jika tidak) Allah akan (menimbulkan perselisihan) di antara wajah-wajah kalian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Berdasarkan hadits di atas, jelas Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memperingatkan kemungkinan terjadinya perselisihan antara wajah-wajah para sahabat jika mereka mengabaikan lurusnya shaf Perselisihan antara wajah dapat juga diartikan sebagai munculnya perbedaan cara pandang dalam berbagai masalah kehidupan. Secara jangka panjang hal ini dapat mengakibatkan terjadinya perpecahan di tengah tubuh ummat Islam. Saudaraku, jika kita mau jujur, persoalan kerapihan shaf sholat berjamaah di banyak masjid di negeri kita tampaknya sudah kronis. Mungkinkah ini yang menyebabkan sulitnya kita ummat Islam dapat bersatu menghadapi musuh-musuh Islam dewasa ini?

Perlu disedari juga bahwa lurusnya shaf sangat mempengaruhi ke'afdhal'an solat berjamaah yang kita lakukan dalam penilaian Allah. Sehingga Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam sampai bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

“Luruskanlah shaf kalian, karena meluruskan shaf termasuk tegaknya sholat.” (HR Bukhary)

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

“Luruskanlah shaf kalian, karena meluruskan shaf termasuk kesempurnaan sholat.” (HR Ibnu Majah)

Maka saudaraku, marilah kita senantiasa memastikan bahwa saat kita hadir dalam sholat berjamaah –apalagi jika kita menjadi Imam solatnya- kita sentiasa menegakkan solat tersebut sesuai arahan dan bimbingan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Kita pastikan bahwa shaf-shaf sholat berjamaah kita selalu berada dalam keadaan lurus dan rapat. Konon menurut suatu riwayat Khalifah Umar bin Khattab radhiyallahu ’anhu sangat tegas dalam masalah ini sehingga beliau pernah meluruskan shaf barisan sholat berjamaah dengan menggunakan pedangnya...! Oleh karenanya Nabi shollallahu ’alaih wa sallam pernah menyuruh para sahabat agar berbaris sebagaimana berbarisnya para malaikat secara teratur di hadapan Allah. Sehingga para sahabat heran dan bertanya seperti apakah barisan para malaikat di hadapan Allah itu?

أَلَا تَصُفُّونَ كَمَا تَصُفُّ الْمَلَائِكَةُ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَلَّ وَعَزَّ

قُلْنَا وَكَيْفَ تَصُفُّ الْمَلَائِكَةُ عِنْدَ رَبِّهِمْ

قَالَ يُتِمُّونَ الصُّفُوفَ الْمُقَدَّمَةَ وَيَتَرَاصُّونَ فِي الصَّفِّ

“Tidakkah kalian berbaris sebagaimana berbarisnya para malaikat (dengan rapih) di hadapan Rabb mereka?” Maka kami bertanya: ”Ya Rasulullah, bagaimanakah berbarisnya para malaikat di hadapan Rabb mereka?” Beliau bersabda: “Mereka menyempurnakan shaf-shaf pertama dan merapatkan shaf.” (HR Abu Dawud, An-Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad)

Pada kesempatan lain Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam pernah memperingatkan para sahabat agar menutup celah-celah di antara shaf solat berjamaah mereka dengan saling berdekatan satu sama lain antara mereka. Sebab bilamana celah-celah tersebut dibiarkan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam dapat melihat –dengan izin Allah- syetan menyelinap di dalam barisan orang-orang yang sholat berjamaah laksana anak-anak kambing...!

رُصُّوا صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالْأَعْنَاقِ

فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لَأَرَى الشَّيْطَانَ

يَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كَأَنَّهَا الْحَذَفُ

“Rapatkanlah shaf-shaf kalian, saling berdekatanlah, dan luruskanlah dengan leher-leher (kalian), karena demi Dzat yang jiwaku berada di dalam genggamannya, sesungguhnya aku melihat setan masuk dari celah-celah shaf seakan-akan dia adalah kambing kecil.” (HR Abu Dawud)

Saudaraku, jika kita merujuk kepada hadits di atas lalu kita kaitkan dengan realita sholat berjamaah ummat Islam kebanyakan, maka kita sangat khawatir sudah berapa banyak syaitan yang berkeliaran meramaikan barisan solat berjamaah kaum muslimin di masyarakat kita selama ini…! Tidak mengherankan bilamana solat kita selama ini tidak terlalu jelas memberikan nilai tambah bagi hadirnya akhlak mulia. Padahal Allah menjamin bahwa sholat seseorang pasti mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar. Jangan-jangan inilah di antara faktor utamanya...!

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

”... dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.” (QS Al-Ankabut ayat 45)

Kadang kita malah menjumpai kenyataan dimana saat kita berkeinginan untuk merapatkan shaf dengan mendekatkan diri kepada tetangga sholat kita, malah saudara kita itu malah menjauhkan badannya dari kita. Sehingga shaf tidak kunjung rapat, selalu saja ada celah-celah di antara orang-orang yang sholat. Memang ini semua memerlukan edukasi ummat secara massif agar kita semua dapat benar-benar meraih sholat yang berbuah akhlaqul karimah. Inilah yang dikhawatirkan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam dalam salah satu hadits beliau. Bilamana seseorang memutuskan shaf sholat, maka sama saja ia mengundang diputusnya rahmat Allah atas dirinya.Sebaliknya bila seseorang menyambung shaf sholat yang tadinya terputus justeru dia akan memperoleh sambungan rahmat Allah atas dirinya.

مَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ

“Barangsiapa menyambung suatu shaf, niscaya Allah menyambungnya (dengan rahmatNya). Dan barangsiapa yang memutuskan suatu shaf, niscaya Allah memutuskannya (dari rahmatNya).” (HR An-Nasai)

Ya Allah, rahmatilah kami semua dengan sebab rapihnya, lurusnya dan rapatnya shof sholat berjamaah kami. Ya Allah, terimalah selalu segenap ’amal soleh dan ’amal ibadah kami semua. Amin ya Rabb.-

dipetik dari sumber :
http://wirausahapesantren.blogspot.com/2010/05/pentingnya-meluruskan-dan-merapatkan.html