Rabu, 7 Disember 2011

KURSUS TANAMAN TEMBIKAI SUSU (RAHSIA KEKAYAAN PERTANIAN YANG SEBENAR)

TEMPAT : SUNGAI YU,KUALA SELANGOR
TEMPOH MASA : 1 MINGGU
KADAR : BERKUMPULAN ( 3 ORANG SATU KUMPULAN )
PENGAMBILAN : SESI 2012
ANJURAN : TERUS SUGEH RESOURCES SND.BHD

*makanan dan kemudahan penginapan. dll

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:
PENGURUS BESAR : HAJI HASHIM B. MOHD TAHIR (0133947869)
PENGURUS OPERASI : ARIFF HASHIM (0145222732)
PEJABAT : 0332691972

TEMBIKAI SUSU SUNGAI YU

TARIKH TANAM: 30/10/2011

TARIKH TUAI: 24/12/2011



PROJEK TANAMAN TEMBIKAI SUSU YANG DI USAHAKAN OLEH HAJI HASHIM BIN MOHD TAHIR, DI SUNGAI YU,KUALA SELANGOR. DIUSAHAKAN SENDIRIAN DENGAN DIBANTU ANAK2 DAN KELUARGA.

TANAMAN TEMBIKAI SUSU YANG DI USAHAKAN SELUAS 2 EKAR, INSYAALLAH AKAN MULA MENGELUARKAN HASIL AWAL BULAN JANUARI 2011. DALAM PERANCANGAN, TEMBIKAI SUSU SUNGAI YU INI AKAN DI PASARKAN DI SEKITAR TANJONG KARANG,SUNGAI BESAR,KUALA SELANGOR DAN MERU.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :
GENERAL MANAGER : TN HAJI HASHIM B MOHD TAHIR (0133947869)
PENGURUS OPERASI : ARIFF HASHIM (0145222732)

Isnin, 27 Jun 2011

Nasihat buat diriku yg sering lupa...



Barangsiapa mengakui 3 hal, namun tidak bersih dari 3 hal, bererti dia tertipu Pertama:mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia mengaku ikhlas beramal tetapi suka penghormatan manusia kepadanya. Kedua:Ketiga : dia mengaku cinta kepada khaliknya tetapi masih memperturutkan nafsunya!

Rasullah saw telah bersabda:
Ertinya : "Akan dtg atas umatku di mana mereka menyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat. Mereka suka pada harta sehingga melupakan Hari hisab. mereka cintakan makhluk sehingga melupakan khaliknya. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur."

Tanda cinta Allah, adalah cinta Al-Quran, tanda cinta Allah dan Al-Quran adalah cinta Nabi saw. dan tanda cinta nabi adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta akhirat. tanda cinta akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil utk sekadar akhirat.

Abu Hasan Al-Zaujani berkata : Pokok ibadat itu pada 3 tiang, mata hati dan lisan. Mata mengambil ibarat, hati berfikir dan lisan berkata dengan lebih jujur, bertasbih dan berzikir. "Seperti Allah telah berfirman:"Ingatlah kepada Allah dengan ingatan yg banyak di waktu pagi dan petang"

Jumaat, 3 Jun 2011

.::BERHIKMAH DALAM TEGURAN ::.

menegur secara berhikmah. apa ya maksudnya? erm...hikmah tu maksudnya bijaksana, jadi untuk menegur, kita perlu melakukan secara bijaksana, supaya org yg ditegur dapat menerima apa yang dikatakan oleh org yg menegur...

utk mengupas lebih lanjut, aku paste dr sebuah blog:Alexanderwathern kupasan yang lebih terperinci, harap dapat memberi manfaat pada yang membaca

Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!

Berikut kita senaraikan beberapa contoh untuk mengukuhkan hujah bahawa “berdakwah secara berhikmah” adalah “berdakwah secara bijaksana” dan bukannya “berdakwah secara lemah-lembut” SAHAJA:

1. Dari al-Kitab. Al Quran sebagai contoh. Ia mengandungi ayat-ayat dorongan yang diseimbangkan dengan ayat-ayat ancaman. Ia membawa khabar baik yang diseimbangkan dengan berita-berita buruk. Ia menyatakan pujian kepada pihak-pihak tertentu yang diseimbangkan dengan kecaman kepada pihak-pihak tertentu. Hairan kita, bagaimana seseorang itu boleh mengatakan, “Ikutlah cara berdakwah dalam al-Quran… lemah-lembut… tidak kasar.” Ini maksudnya dia baru membaca SEBAHAGIAN al-Quran. Bolehkah al-Quran diambil sebahagian-sebahagian sahaja?.......

2. Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!

3. Selepas al-Quran dan as-sunnah,lihat pula tindakan sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah, ada pihak yang tidak mahu membayar zakat padahal ajaran-ajaran Islam yang lain umumnya masih mereka laksanakan. Apa tindakan Saidina Abu Bakar untuk membetulkan masalah ini? Dia menghantar pasukan perang! Majoriti sahabat terhampir tidak bersetuju pada mulanya tetapi Saidina Abu Bakar meneruskan juga tindakannya. Dan KESANNYA, pembayaran zakat selepas peristiwa ini menjadi beres. Umat Islam di wilayah-wilayah lain mendapat pengajaran daripada peristiwa ini. Bagi pihak yang diserang, sebahagian mereka mati terbunuh dan tidak boleh membayar zakat lagi. Nyatalah bukan mereka sasaran utama dakwah berhikmah Saidina Abu Bakar tetapi umat Islam di seluruh wilayah. Begitulah bijaknya sahabat. Begitulah membetulkan secara berhikmah. Yang utama dipandang ialah kemungkinan KEBERKESANANNYA, bukan kaedahnya.

4. Generasi selepas zaman sahabat. Rajin-rajinlah tambah ilmu, luaskan pandangan kita. Lihat kaedah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menegur Ibnu Sina dan para penerus fahamannya dalam kitab al-Munqiz min adh-Dhalal. Orang yang berfahaman “berhikmah” itu “lemah-lembut” sahaja, pasti akan mengatakan Imam al-Ghazali tidak pandai berdakwah, tidak berhemah, tidak berhikmah. Cara Imam Ghazali ini boleh diperhatikan lagi dalam kitabnya ar-Risalah al-Laduniyyah ketika menolak pandangan sempit seorang ahli tafsir. Begitu juga dalam Tahafut al-Falasifah.

5. Orang bukan Islam pun faham hal ini. Cuba lihat filem “Kingdom of Heaven”. Selepas bapa kepada watak utama (Ballian) menyampaikan amanat-amanat pentingnya, dia menampar muka Ballian sekali. Tujannya supaya Ballian teringatkan tamparan itu dan sekaligus mengingati kesemua amanat pentingnya. Ternyata kaedah penuh hikmah ini berjaya mengekalkan ingatan Ballian akan kata-kata bapanya. Bayangkan, pembuat filem ini yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam pun faham apa itu “berdakwah secara berhikmah”.

6. Dari amalan orang Melayu. Apabila anak kecil memanjat tiang ataupun pokok, dan kita hendak menyuruhnya turun. Biasa kita dengar orang tua-tua berkata, “Hah, panjatlah lagi, panjaaat! Panjat lagi tinggi-tinggi!” dengan wajah kegeraman dan suara yang keras. KESANNYA memang bagus. Si anak serta-merta turun. Tapi kalau kita guna cara lemah-lembut, biasanya si anak buat dengar tak dengar saja. Betul tak? Begitulah kaedah menegur secara berhikmah.

7. Kaji pula kem-kem motivasi untuk para pelajar. Mereka yang tidak faham pasti membuat anggapan bahawa kem motivasi tentunya dipenuhi dengan seruan lemah-lembut, merangsang, memujuk, ikram, menggembirakan, memberi semangat dan seumpamanya. Kalau berpeluang ikutilah malam kemuncaknya, kita akan lihat bagaimana kekerasan, ancaman, makian, hinaan dan lain-lain yang nampak kasar tetapi program pada malam itulah yang paling berkesan dan berbekas di hati pelajar. Bahagian itulah yang biasanya membawa perubahan kepada minda peserta. Kita dapat dengar jeritan, kemarahan dan herdikan para motivator yang disulami dengan nada hiba dan penyesalan. Keluarlah kata-kata “kamu memang bodoh”, “anak derhaka”, “akulah anak yang bebal”, “tidak mengenang budi”, “menyusahkan ibu bapa dan guru-guru” dan sebagainya. Maka menangislah para pelajar apabila pemikiran mereka dikasari secara berhikmah yang memungkinkan berlakunya perubahan sikap.

8. Agaknya semua guru sekolah tidak berhikmahlah. Ini kerana mereka kadang-kadang menegur atau membetulkan dengan kekasaran, hukuman dan kekerasan. Seringlah kita dengar ada pelajar yang dirotan (kasar dan mendatangkan kesakitan), ketuk ketampi dua puluh kali, jalan itik depan kelas, pusing padang dua “round” dan sebagainya. Yang tidak berhikmahnya ialah jika guru zalim seperti menendang, hantuk kepala pelajar ke dinding, hukum ketuk ketampi seribu kali, berdiri dua jam tengah panas dan seumpamanya- ini baru dikatakan tidak berhikmah.

9. Kaji pula dunia ketenteraan. Mereka umumnya dilatih dan dibentuk dengan berhikmah. Untuk membentuk ketahanan minda dan fizikal, sangat biasa mereka dihukum “pumping” berpuluh kali, kawad berjam-jam, “jogging” sambil membawa beban batu-bata, meniarap seolah-olah menanti musuh selama satu jam, dilatih ketahanan minda dengan kejian, makian dan gertakan, dan sebagainya. Bolehkah kita katakan semua kekerasan ini sebagai tidak berhikmah?

10. Kisah para nabi terdahulu. Nabi Musa yang baru pulang dari Bukti Tursina amat terperanjat melihat sebahagian besar kaumnya menyembah patung anak lembu. Dengan kasar dia menarik janggut Nabi Harun dan mengherdiknya. Siapa berani kata Nabi Musa tidak berhikmah?

Sebab itu, sangat penting untuk kita berfikir panjang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa kata-kata terutamanya dalam hal-hal keagamaan.

Seterusnya kita lihat pula, adakah setiap dakwah yang lemah-lembut itu “berhikmah”?

Syeikh Albani dan Syeikh Fauzan menjadi idola fahaman Tajdid Lapok. Mereka menghukumkan haram keseluruhannya kepada muzik dan nyanyian. Pendirian mereka ini secara tidak langsung menyatakan Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain sebagai PENGHALAL KEPADA PERKARA-PERKARA KEMAKSIATAN DAN DOSA..

Jenis ini memang tidak berhikmah. Sepatutnya mereka mencontohi Imam Syafie dan mazhab Syafie yang menggunakan kalimah “aku benci” dan bukannya haram. “Aku benci” mengikut kaedah mazhab Syafie membawa hukum MAKRUH dan bukannya HARAM. Siapa Albani dan Fauzan berbanding Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain?

Dakwahnya memang lembut tetapi tidak berhikmah. Dirasakan diri sendiri saja yang betul. Ada pula pihak yang pertahankan Albani dan Fauzan dengan alasan mereka ulama besar, siapa kita hendak pertikaikan mereka. Tapi pihak-pihak itu sendiri terhijab pandangan dan hati kerana para ulama di atas jauh lebih “besar” daripada Albani dan Fauzan, malah ada yang bertaraf “sahabat”! Siapa pula pihak pro-Albani dan Fauzan itu yang hendak pertikaikan para ulama di atas?

Saya sebagai salah seorang tenaga pengajar sering melihat guru-guru baru di sekolah yang mendidik secara lemah-lembut, tiada herdikan, tiada rotan, tiada amaran. Kononnya itulah mendidik, itulah hikmah. Hasilnya… mereka tidak berjaya mengawal kelas. Tidak mampu memastikan tingkah-laku pelajar mengikut aturan yang digariskan. Malah para pelajar juga hilang ataupun kurang rasa hormat kepada mereka. Begitulah KESANNYA kalau mendidik secara lemah-lembut semata. Itu bukan berhikmah.

Ini berbeza dengan guru yang mendidik secara BERHIKMAH. Mereka pandai meletakkan lembut dan kasar sesuai dengan tempatnya. Ada kala memuji dan ada kala memberi amaran. Ada waktu memberi hadiah dan ada waktu memberi rotan. Ada masa bersuara manja dan ada masa mengherdik. KESANNYA… kelas berjalan lancar, tingkahlaku pelajar terkawal dan yang paling penting, rasa hormat pelajar tetap ada.

Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah bahawa “berhikmah” itu bukanlah “lemah-lembut” tetapi “bijaksana” sama ada lembut mahupun keras, asalkan tidak zalim.

Seperti biasa, nasihat dan teguran dalam artikel ini adalah untuk “SASARAN UTAMA” sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.

Firman Tuhan:
“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”
(Al Baqarah: 269)

http://bicarahatiey.blogspot.com/2008/12/tegur-berhikmah.html

Sabtu, 5 Februari 2011

JOM BOIKOT Valentine's Day!!!!! - Hukum Di Sisi Islam Tentang Valentine's Day




1.
Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasi (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.

2.
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - pesidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.

Hujjah:

1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;

2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;

3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;

4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan

5. barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.

Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32" Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA

Sumber :Nurul Ain Latif, MAJALAH AL-ISLAM, Cetakan Februari 2009, Bil. 422.

Isnin, 17 Januari 2011

MAHASISWA EJEN PERUBAHAN

Assalamualaikum…..

Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda..

Salam 1 islam n selamat datang diucapkan kepada Ejen Perubahan atau mahasiswa semester satu kemasukan disember 2010….

Bagus pilihan adik2 di UiTm jengka, Pahang…

Adik2 membuat pilihan yang terbaik dan tepat dan Alhamdulillah, Allah telah memilih adik2 untuk berada disini…

UiTM jengka nie satu anugerah bagi kite, jadi, cari la sesuatu yg bermanfaat n bergune di sini.. gune kn peluang n ruang yang allah bagi nie untuk kite mencari n berubah kearah kebaikan.

Bagi adik2 yang dahulunye disekolah lama adalah seorang yang kurang dari segi agama, jadikanlah hijrah ke uitm nie sesuatu hijrah secara keseluruhan nya, ..dari segi sahsiah, sosial, agama dan sebagainya..adik2 boleh berubah..=)

Bagi adik2 yang datang uitm dari keluarga @sekolah yang baik2…teruskanlah istiqamah ..

Jagn terpedaya dgn kehidupan kampus yang melalaikan dan penuh keseronokan…terutamanya bg kaum hawa..jaga lah diri dengan baik..carilah kawan yang bergelar kawan..kawan yang baik akan membawa kearah kebaikan…dan bukan nya sebaliknya..

Bagi kaum adam pula, kita adalah pemimpim bagi kaum wanita.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34:

Maksudnya:

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka”

Jangan la menggunakan wanita ini untuk tujuan keseronokan semata. Azab allah pasti tiba. Bawalah wanita ini kearah yang di redhai Allah.. kaum adam, perlu juga jaga aurat. Kite nie Allah bagi senang je untuk jaga aurat berbanding wanita. Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut…kdang2 bahagian inilah ynag ingin di tunjuk nye..mengapa.? tepuk la dada tnye iman..

Jadi, sama2 lah kita “Menjadi Ejen Perubahan” untuk lebih kearah kebaikan untuk kita sama2 membudayakan Islam dalam kalangan warga kampus serta meletakkan silam di tempat yang mulia.

Carilah sesuatu di uitm, binalah sesuatu di Uitm, aktifkan dirimu di Uitm untuk agama, bangsa dan tanahair.

~ MAHASISWA EJEN PERUBAHAN ~