Isnin, 27 Jun 2011

Nasihat buat diriku yg sering lupa...



Barangsiapa mengakui 3 hal, namun tidak bersih dari 3 hal, bererti dia tertipu Pertama:mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia mengaku ikhlas beramal tetapi suka penghormatan manusia kepadanya. Kedua:Ketiga : dia mengaku cinta kepada khaliknya tetapi masih memperturutkan nafsunya!

Rasullah saw telah bersabda:
Ertinya : "Akan dtg atas umatku di mana mereka menyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat. Mereka suka pada harta sehingga melupakan Hari hisab. mereka cintakan makhluk sehingga melupakan khaliknya. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur."

Tanda cinta Allah, adalah cinta Al-Quran, tanda cinta Allah dan Al-Quran adalah cinta Nabi saw. dan tanda cinta nabi adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta akhirat. tanda cinta akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil utk sekadar akhirat.

Abu Hasan Al-Zaujani berkata : Pokok ibadat itu pada 3 tiang, mata hati dan lisan. Mata mengambil ibarat, hati berfikir dan lisan berkata dengan lebih jujur, bertasbih dan berzikir. "Seperti Allah telah berfirman:"Ingatlah kepada Allah dengan ingatan yg banyak di waktu pagi dan petang"

Jumaat, 3 Jun 2011

.::BERHIKMAH DALAM TEGURAN ::.

menegur secara berhikmah. apa ya maksudnya? erm...hikmah tu maksudnya bijaksana, jadi untuk menegur, kita perlu melakukan secara bijaksana, supaya org yg ditegur dapat menerima apa yang dikatakan oleh org yg menegur...

utk mengupas lebih lanjut, aku paste dr sebuah blog:Alexanderwathern kupasan yang lebih terperinci, harap dapat memberi manfaat pada yang membaca

Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!

Berikut kita senaraikan beberapa contoh untuk mengukuhkan hujah bahawa “berdakwah secara berhikmah” adalah “berdakwah secara bijaksana” dan bukannya “berdakwah secara lemah-lembut” SAHAJA:

1. Dari al-Kitab. Al Quran sebagai contoh. Ia mengandungi ayat-ayat dorongan yang diseimbangkan dengan ayat-ayat ancaman. Ia membawa khabar baik yang diseimbangkan dengan berita-berita buruk. Ia menyatakan pujian kepada pihak-pihak tertentu yang diseimbangkan dengan kecaman kepada pihak-pihak tertentu. Hairan kita, bagaimana seseorang itu boleh mengatakan, “Ikutlah cara berdakwah dalam al-Quran… lemah-lembut… tidak kasar.” Ini maksudnya dia baru membaca SEBAHAGIAN al-Quran. Bolehkah al-Quran diambil sebahagian-sebahagian sahaja?.......

2. Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!

3. Selepas al-Quran dan as-sunnah,lihat pula tindakan sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah, ada pihak yang tidak mahu membayar zakat padahal ajaran-ajaran Islam yang lain umumnya masih mereka laksanakan. Apa tindakan Saidina Abu Bakar untuk membetulkan masalah ini? Dia menghantar pasukan perang! Majoriti sahabat terhampir tidak bersetuju pada mulanya tetapi Saidina Abu Bakar meneruskan juga tindakannya. Dan KESANNYA, pembayaran zakat selepas peristiwa ini menjadi beres. Umat Islam di wilayah-wilayah lain mendapat pengajaran daripada peristiwa ini. Bagi pihak yang diserang, sebahagian mereka mati terbunuh dan tidak boleh membayar zakat lagi. Nyatalah bukan mereka sasaran utama dakwah berhikmah Saidina Abu Bakar tetapi umat Islam di seluruh wilayah. Begitulah bijaknya sahabat. Begitulah membetulkan secara berhikmah. Yang utama dipandang ialah kemungkinan KEBERKESANANNYA, bukan kaedahnya.

4. Generasi selepas zaman sahabat. Rajin-rajinlah tambah ilmu, luaskan pandangan kita. Lihat kaedah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menegur Ibnu Sina dan para penerus fahamannya dalam kitab al-Munqiz min adh-Dhalal. Orang yang berfahaman “berhikmah” itu “lemah-lembut” sahaja, pasti akan mengatakan Imam al-Ghazali tidak pandai berdakwah, tidak berhemah, tidak berhikmah. Cara Imam Ghazali ini boleh diperhatikan lagi dalam kitabnya ar-Risalah al-Laduniyyah ketika menolak pandangan sempit seorang ahli tafsir. Begitu juga dalam Tahafut al-Falasifah.

5. Orang bukan Islam pun faham hal ini. Cuba lihat filem “Kingdom of Heaven”. Selepas bapa kepada watak utama (Ballian) menyampaikan amanat-amanat pentingnya, dia menampar muka Ballian sekali. Tujannya supaya Ballian teringatkan tamparan itu dan sekaligus mengingati kesemua amanat pentingnya. Ternyata kaedah penuh hikmah ini berjaya mengekalkan ingatan Ballian akan kata-kata bapanya. Bayangkan, pembuat filem ini yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam pun faham apa itu “berdakwah secara berhikmah”.

6. Dari amalan orang Melayu. Apabila anak kecil memanjat tiang ataupun pokok, dan kita hendak menyuruhnya turun. Biasa kita dengar orang tua-tua berkata, “Hah, panjatlah lagi, panjaaat! Panjat lagi tinggi-tinggi!” dengan wajah kegeraman dan suara yang keras. KESANNYA memang bagus. Si anak serta-merta turun. Tapi kalau kita guna cara lemah-lembut, biasanya si anak buat dengar tak dengar saja. Betul tak? Begitulah kaedah menegur secara berhikmah.

7. Kaji pula kem-kem motivasi untuk para pelajar. Mereka yang tidak faham pasti membuat anggapan bahawa kem motivasi tentunya dipenuhi dengan seruan lemah-lembut, merangsang, memujuk, ikram, menggembirakan, memberi semangat dan seumpamanya. Kalau berpeluang ikutilah malam kemuncaknya, kita akan lihat bagaimana kekerasan, ancaman, makian, hinaan dan lain-lain yang nampak kasar tetapi program pada malam itulah yang paling berkesan dan berbekas di hati pelajar. Bahagian itulah yang biasanya membawa perubahan kepada minda peserta. Kita dapat dengar jeritan, kemarahan dan herdikan para motivator yang disulami dengan nada hiba dan penyesalan. Keluarlah kata-kata “kamu memang bodoh”, “anak derhaka”, “akulah anak yang bebal”, “tidak mengenang budi”, “menyusahkan ibu bapa dan guru-guru” dan sebagainya. Maka menangislah para pelajar apabila pemikiran mereka dikasari secara berhikmah yang memungkinkan berlakunya perubahan sikap.

8. Agaknya semua guru sekolah tidak berhikmahlah. Ini kerana mereka kadang-kadang menegur atau membetulkan dengan kekasaran, hukuman dan kekerasan. Seringlah kita dengar ada pelajar yang dirotan (kasar dan mendatangkan kesakitan), ketuk ketampi dua puluh kali, jalan itik depan kelas, pusing padang dua “round” dan sebagainya. Yang tidak berhikmahnya ialah jika guru zalim seperti menendang, hantuk kepala pelajar ke dinding, hukum ketuk ketampi seribu kali, berdiri dua jam tengah panas dan seumpamanya- ini baru dikatakan tidak berhikmah.

9. Kaji pula dunia ketenteraan. Mereka umumnya dilatih dan dibentuk dengan berhikmah. Untuk membentuk ketahanan minda dan fizikal, sangat biasa mereka dihukum “pumping” berpuluh kali, kawad berjam-jam, “jogging” sambil membawa beban batu-bata, meniarap seolah-olah menanti musuh selama satu jam, dilatih ketahanan minda dengan kejian, makian dan gertakan, dan sebagainya. Bolehkah kita katakan semua kekerasan ini sebagai tidak berhikmah?

10. Kisah para nabi terdahulu. Nabi Musa yang baru pulang dari Bukti Tursina amat terperanjat melihat sebahagian besar kaumnya menyembah patung anak lembu. Dengan kasar dia menarik janggut Nabi Harun dan mengherdiknya. Siapa berani kata Nabi Musa tidak berhikmah?

Sebab itu, sangat penting untuk kita berfikir panjang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa kata-kata terutamanya dalam hal-hal keagamaan.

Seterusnya kita lihat pula, adakah setiap dakwah yang lemah-lembut itu “berhikmah”?

Syeikh Albani dan Syeikh Fauzan menjadi idola fahaman Tajdid Lapok. Mereka menghukumkan haram keseluruhannya kepada muzik dan nyanyian. Pendirian mereka ini secara tidak langsung menyatakan Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain sebagai PENGHALAL KEPADA PERKARA-PERKARA KEMAKSIATAN DAN DOSA..

Jenis ini memang tidak berhikmah. Sepatutnya mereka mencontohi Imam Syafie dan mazhab Syafie yang menggunakan kalimah “aku benci” dan bukannya haram. “Aku benci” mengikut kaedah mazhab Syafie membawa hukum MAKRUH dan bukannya HARAM. Siapa Albani dan Fauzan berbanding Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain?

Dakwahnya memang lembut tetapi tidak berhikmah. Dirasakan diri sendiri saja yang betul. Ada pula pihak yang pertahankan Albani dan Fauzan dengan alasan mereka ulama besar, siapa kita hendak pertikaikan mereka. Tapi pihak-pihak itu sendiri terhijab pandangan dan hati kerana para ulama di atas jauh lebih “besar” daripada Albani dan Fauzan, malah ada yang bertaraf “sahabat”! Siapa pula pihak pro-Albani dan Fauzan itu yang hendak pertikaikan para ulama di atas?

Saya sebagai salah seorang tenaga pengajar sering melihat guru-guru baru di sekolah yang mendidik secara lemah-lembut, tiada herdikan, tiada rotan, tiada amaran. Kononnya itulah mendidik, itulah hikmah. Hasilnya… mereka tidak berjaya mengawal kelas. Tidak mampu memastikan tingkah-laku pelajar mengikut aturan yang digariskan. Malah para pelajar juga hilang ataupun kurang rasa hormat kepada mereka. Begitulah KESANNYA kalau mendidik secara lemah-lembut semata. Itu bukan berhikmah.

Ini berbeza dengan guru yang mendidik secara BERHIKMAH. Mereka pandai meletakkan lembut dan kasar sesuai dengan tempatnya. Ada kala memuji dan ada kala memberi amaran. Ada waktu memberi hadiah dan ada waktu memberi rotan. Ada masa bersuara manja dan ada masa mengherdik. KESANNYA… kelas berjalan lancar, tingkahlaku pelajar terkawal dan yang paling penting, rasa hormat pelajar tetap ada.

Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah bahawa “berhikmah” itu bukanlah “lemah-lembut” tetapi “bijaksana” sama ada lembut mahupun keras, asalkan tidak zalim.

Seperti biasa, nasihat dan teguran dalam artikel ini adalah untuk “SASARAN UTAMA” sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.

Firman Tuhan:
“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”
(Al Baqarah: 269)

http://bicarahatiey.blogspot.com/2008/12/tegur-berhikmah.html