Rabu, 13 Ogos 2014

"....Abah&ibu tiada harta...Abah ibu cuma ada anak-anak je...kamu semua lah harta kami..."          -abah-

lalu bertempiaranlah air mata membasahi pipi...
serangkap ayat itu yang merubah nada perbualan gembira dan pantas kami menjadi sayup...

cerita abah kalau nk di coretkan,
xkan cukup masa untuk di luahkan...
sb, terlalu banyak dan panjang untuk diceritakan..
tapi, apa yang pasti, kisah perjalanan abah adalah sumber inspirasi dan semangat utk aku hidup..


setiap kata yang keluar dari nya adalah bernilai.
setiap ayat yang diberi adalah nasihat.... xpernah jemu,..
setiap cerita dan kisah silam nya adalah inspirasi...xkn jemu kalau aku dengar..xkan... =)
Terima kasih buat Ibu, kerana terima lamaran Abah dahulu...
Terima kasih , Syukur pada Allah memberi aku hadiah paling bernilai dalam hidup ku...Abah&ibu..

semoga Allah beri kesihatan, panjang umur, dan kebahagiaan buat kami sekeluarga..

Ayuh kita hargai kedua ibu dan ayah kita, kerana mereka bnyk mengorbankan tenaga,harta,masa demi kita,masa depan kita...jangan pernah berniat hampakan mereka...semoga Allah Redha...


-Raya 2014_Heppy family_

Hadis Nabi 1
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis Nabi 2
Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah s.w.t sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Jihad kerana agama Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis Nabi 3
“Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)