Jumaat, 17 Februari 2012

SIFAT-SIFAT MEMILIH SAHABAT



SIFAT-SIFAT MEMILIH SAHABAT

Alqamah berpesan
kepada puteranya."Wahai anakku, kiranya engkau
merasakan perlu untuk bersahabat maka
hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya
seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan
melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,
ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan
membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan
kepadannya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu,
ia akan menutupnya.

6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, ia akan mengusahakannya.

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak
meminta), ia akan menanya kesusahanmu.

8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,
ia akan meringankan kesusahanmu.

9. Jika engkau berkata kepadanya, ia akan
membenarkannya.

10. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia
akan membantumu.

11. Jika engkau berdua berselisihan faham,
nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.

Kesimpulannya: Jika kamu merasakan cukup
perkara di atas pada seseorang kenalan kamu,
maka pilihlah ia. Kerana ia merupakan sahabat
yang akan membantu menuju jalan hakiki."
Insya ALLAH....

SABTU....12.51 AM...

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT..=)

haih! dh xtau nk buat ape malam2 cm nie...
nk tido, mate xngntuk lagi pulak nye..
tadi time lepas isyak bukan kemain lagi mengantuk nye... huu

em...tetiba teringt kt entum sume sahabat2... huhu bunyi nye cm kelakar kn..? huu
tapi sementara ana ade ruang n peluang dan juge selagi Allah bg nikmat hidup kt ana nie,
bek ana bgtau sahabat2 sume....huh! kite xtau bila Allah akan menjemput kita kn.? itulah kehebatan dan kekuasaan Allah.. makanye, kite kene sentiasa bersedia... kn sahabat2..??

ana belek2 la gambar2 yg ade kt letop nie....
bnyk rupenye gambar entum...huhu

luqman, faris, ariff ( di waktu petang yg tenang..)

Zuhri, firdaus a.k.a YB, ariff, razak...
(gambar nie special skit... sebab ade en.YB kt sni...bnyk kisah tentg beliau nie.. sejak akhir2 nie beliau gemar menyebut tntg "hati"...hihi moga enta bahagia ye YB..huhu)

ariff, fendi a.k.a kacak ( time progrem tilawah Al-quran di uitm jengka)

Raja Amiruddin, ariff, mubin (Majlis Khatam Al-Quran di uitm pahang)

Ariff, Fahmi
(bersama bakal manager Emas rantau asia...hihi insyaallah)

ariff, halim, mubin (konvoi jalan2 makan angin)

Ariff, ust Asjad, Razak, Mat Azhar
(bersama bakal Menteri Malaysia..hehe.. Majlis ihtifal di jengka)

Hanif Ramli, Ariff Hashim (bersama dato' Hanif, bakal terkemuka dan terkaya Malaysia)

Ariff, Akhi Ammar
(bersama tokoh... seorang yg komited.. saya kagum dengn beliau.. masters of sifu..hihi jgn mara ha....)
Gambar bersama Nazrey Raihan

Nie die abg long sye kt uitm jengka!! uhu.. abe iskandar... pemalu orng nye..maaf ye is. nie time kami jadi MC untuk konsert amal.. satu pengalaman yg seronok.. x gitu abe long.?huhu


RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Sabda Nabi S.A.W:

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”


*ade ramai lagi gambar sahabat2 yg xmasuk...entry lain ye sahabat...ana cari gambar lagi..hehe =)

Tiada ulasan: