Rabu, 22 September 2010

MAJLIS ILMU SENTIASA DALAM REDHA ALLAH

Daripada Abu Darda’ r.a katanya, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit,dan penghuni di bumi,sehingga ikan-ikan yu yang berada di dalam air”

Masya Allah..hebat sungguh kelebihan dan pengiktirafan yang diberikan kepada orang-orang yang berilmu.

Bagaimanakah mahu menjadi orang yang berilmu?

Sudah tentulah dengan menuntut ilmu

Di manakah hendak menuntut ilmu?

Tidak lain dan tidak bukan di majlis-majlis ilmu yakni menghadiri majlis ilmu.

Pernahkah mendengar cerita tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa majlis ilmu dan selepas berakhirnya majlis ilmu yang kita hadiri itu??Mari sama-sama kita ikuti kisahnya..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda..

Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi, memiliki para malaikat yang sangat banyak bilangannya.Para malaikat ini selalu mengelilingi bumi dan mencari majlis-majlis ilmu, majlis zikir serta majlis yang di dalamnya ada diperdengarkan tentang ayat-ayat Allah, tazkirah dan sebagainya.Apabila para malaikat mendapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir dan perkongsian ilmu, maka para malaikat akan melebarkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara orang yang duduk di dalam majlis tersebut,sehinggalah kita beredar menutup dan meninggalkan majlis.

Para malaikat kembali naik ke langit

Bertanya Allah SWT kepada malaikat.(Hakikatnya Allah telah pun mengetahuinya kerana Allah Maha Mengetahui)

Dari manakah kamu yang ramai-ramai ini datang ?

Malaikat menjawab,

Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahmid serta berdoa memohon darimu

Allah berfirman,

Apakah yang mereka pohonkan ?

Para malaikat menjawab,

Mereka memohon Syurga dariMu

Allah berfirman,

Apakah mereka pernah melihat syurgku?

Para Malaikat menjawab,

Tidak,Ya Allah.Mereka tidak pernah melihat Syurga-Mu

Allah berfirman,

Bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaku?Pasti mereka akan terus memohon syurgaku.

Malaikat berkata lagi,

Mereka juga memohon perlindungan dariMu

Allah berfirman,

Perlindungan apakah yang mereka pohonkan?

Malaikat menjawab,

Mereka memohon perlindungan daripada azab api nerakuMu,Ya Allah

Allah berfirman,

Wahai malaikatKu,apakah mereka pernah melihat neraka-Ku?

Malaikat menjawab,

Tidak,mereka belum pernah melihatnya

Allah berfirman,

Bagaimanakah seandainya mereka pernah melihatnya?Sudah tentu mereka akan lebih memohon daripadaku untuk dijauhkan daripada azab api neraka

Malaikat terus berkata,

Mereka juga memohon keampunan daripadaMu, Ya Allah..

Allah berfirman,

Aku sudah mengampuni mereka.Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan aku berikan ganjaran pahala sebagaimana yang mereka pohon.

Malaikat berkata lagi,

Wahai Tuhan kami, di antara mereka,terdapat hambaMu.Dia penuh dengan dosa,Sebenarnya dia tidak berniat iuntuk mengahadiri majlis tersebut,tetapi setelah die melaluinya, dia terasa ingin menyertainya,lalu duduk bersama orang ramai dalam majlis itu.

Allah berfirman,

Aku juga telah mengampuninya.Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

Tiada ulasan: